Teks : Munirah Abdul Hamid
Kelas Langsir Cara Mudah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Maafkan saya wahai pembaca budiman kerana sudah lama tidak berkarya di blog ini. Ini nukilan pertama saya pada tahun 2015, walaupun 2015 sudah melabuhkan separuh tirainya. Kekangan kerja di pejabat, maklumlah hujung tahun audit berlarutan hingga ke bulan Mac. Tak cukup auditor luar, auditor dalaman pun menyibukkan diri nak audit kami juga. GST dan sistem baru Takaful yang dilahirkan pada tarikh keramat 1 April 2015 juga tidak kurang hebat juga penangannya. Prinsip saya senang, dah sain kontrak waktu kerja 8.30 hingga 5.30. Tiba 5.30 tugas saya sebagai seorang pekerja tamat dan berubah menjadi seorang ibu dan isteri. Bosan sungguh.....
Sebenarnya saya masih mencari apa lagi yang boleh saya capai dalam hidup ini. Saya perlu tambah kemahiran dalam diri ini. Kemahiran yang boleh mendatangkan hasil di samping dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada anak-anak. Saya perlu mula dengan bermula sebagai bekerja sendiri separuh masa, bukan isteri separuh masa ye. Kemahiran jahitan memang ada tetapi main belasah je tanpa ada formal kelas. Dalam banyak-banyak jahitan saya rasa saya paling suka langsir. Tak banyak kerenah sebab saiz yang sama walaupun kainnya besar. Berbanding dengan jahit baju, kena tengok design, badan orang dan lain-lain.
Kali ni kena melabur sikitlah nak dapatkan ilmu dan teknik yang betul dalam menjahit langsir. Mulalah survey kelas langsir. Ada offline dan ada juga online. Nak online macam tak percaya je sebab bagi saya kemahiran biarlah hands on supaya boleh nampak caranya di depan mata dan cikgu boleh tegur mana yang salah. Akhirnya saya memilih Kelas Langsir Cara Mudah yang bertempat di Sri Kembangan. Diajar oleh Cikgu Rogayah yang tidak lokek dengan ilmu dan tip- tip jahitan.
Dengan bayaran yang berpatutan saya diajar 15 jenis langsir. Alhamdulillah teknik yang diajar juga mudah dan senang difahami. 5 kali menghadiri kelas, dah pandai sikit kut. Hehehe. Masuk bakul angkat sendiri nampak. Tetapi kena ingat ye ini adalah kemahiran, perlu praktis, jika tidak mesti lupa segala ilmu dan formula yang diajar.
|
Bersama Cikgu Rogayah dan kawan- kawan sekelas. |
Di antara hasil jahitan saya semasa proses pembelajaran:-
|
Langsir Eyelet |
|
Pelmet,Loose Scallop, dan Riben |
|
Pelmet, Losse Scallop dan Bunga |
|
Royal Scallop, Tie dan Tail |
Langkah kedua buat page. Dalam page ni saya ada menawarkan servis tempahan langsir dan juga menjual langsir siap. Dalam page ini saya gabungkan kemahiran menjahit langsir dan dropship langsir. Jomlah like page saya Langsir Curtain Online.
https://www.facebook.com/Langsir-Curtain-Online- 1420841211565109/
Saya berharap Allah mudahkan urusan saya. Tengoklah mana tahu ada rezeki saya dalam bidang langsir ni, bolehlah impian saya untuk bekerja dari rumah tercapai. Amin ya Rabbal Alamin
Doakan saya ye untuk mencapai impian saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan