Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu lagi kita kali ini. Moga pembaca terhibur dan mendapat sedikit manfaaat dari perkongsian saya sebelum ini.. Ramai kenalan dan saudara mara pulang ke kampung mengambil kesempatan cuti merdeka yang panjang. Saya hanya duduk di rumah menguruskan urusan rumah tangga yang tidak pernah habis.
Hari ini saya bersarapan di rumah abang atas jemputannya kerana sudah lama kami tidak bertemu sejak hari raya hari tu walau rumah tidaklah jauh sangat. Lebih kurang pukul 9 pagi saya keluar rumah dengan membawa keempat-empat permata hati pengarang jantung. Tiba-tiba anak-anak memberi soalan cepu emas.
Aqeela:Ummi, kejap lagi matahari keluar ye?
Saya: Matahari dah keluar sebab tu dah tak gelap.
Aqeela : Siapa yang tolak matahari keluar?
Saya : Takde siapa yang tolak matahari keluar. Allah dah perintahkan matahari supaya bersinar di siang hari dan bulan di malam hari.Mereka makhluk Allah yang baik sentiasa menjalankan perintah Allah. Adik pun kena jadi macam matahari dan bulan. Boleh tak?
Anis : Macammana Allah bagi perintah kepada matahari dan bulan?
Saya : Kakak kena percaya Allah itu wujud. Kakak kena percaya yang Allah dah aturkan semua kejadian alam mengikut ketetapan Nya. Ummi nak tanya macam mana kakak bernafas?
Anis : Dengan udaralah
Saya : Kakak mampak tak udara tu?
Anis: Tak
Saya :Ha macam tulah makna kepercayaan. Walau kakak tak nampak udara tu tapi kakak percaya yang udara tu ada membolehkan kakak bernafas.Macam tulah kakak kena percaya adanya Allah sebagai tuhan yang satu yang kita sebagai hamba kena ikut perintah Allah yang disampaikan melalui utusannya Nabi Muhammad S.A.W
Oooo...sambut anak-anak.
Tak cukup dengan itu..
Inas : Ummi, betul ke cikgu cakap satu hari nanti , semua benda akan mati dan dunia ni akan hancur berkecai
Saya : Betul. Itu adalah hari kiamat. Semua makhluk dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman akan dibangkitkan semula untuk dibuat perhitungan sama ada masuk syurga atau neraka. Masa tu Inas pun tak pedulikan ummi dan ummi pun tak kisahkan Inas. Semua orang tengah fikirkan nasib masing-masing. Masa tu semua anggota badan Inas akan jadi saksi semua perbuatan yang Inas buat semasa Inas hidup.
Inas : Maksud ummi, kalau kit amencuri, tangan kita yang cakap. Betul tak?
Saya : Betul. Pandai anak ummi.

Gelak je dalam hati. Nasib baik ada idea nak jawab soalan anak-anak dara ni. Dan juga nasib baik si bongsu masih belum fasih bercakap., jika tak berpeluh juga dibuatnya. Bagus sebenarnya bila kita dapat anak yang banyak soalan sebab kita akan belajar dan menambah ilmu berkaitan sama ada ilmu dunia atau akhirat. Tapi ingat ye kalau tak tahu jawapan jangan kelentong anak-anak pula. Paling kurang jika tak tahu jawapan, kita minta sedikit masa untuk kita merujuk yang pakar.
Salam sayang,
Munirah Abdul Hamid
Salam sayang,
Munirah Abdul Hamid