Sabtu, 16 Ogos 2014

Selamat Tinggal Taska

Teks : Munirah Abdul Hamid

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Dah hampir 2 minggu sya bercuti membiarkan blog tidak dikemaskini. Kalau rumah dah bersawang ni.

Hari ni saya nak bercerita tentang anak-anak yang tidak lagi tinggal di taska. Syukur alhamdulillah sebab ini pilihan yang terbaik yang Allah beri kepada saya. Ini adalah kerana adik saya bersetuju menjaga anak-anak saya. Suaminya juga bekerja berdekatan dengan taman perumahan saya. Jadi tiada masalah untuk beliau berulang alik setiap hari ke rumah saya.

Saya ingin kongsikan dengan pembaca perkembangan positif yang dapat dilihat dari anak-anak. Yang pertama, kepala mereka telah bebas kutu kepala. Tiada lagi syampoo kutu, tiada lagi tergaru-garu dan kulit kepala mereka bersih dari telur kutu.

Kedua, sudah dua minggu dijaga Acik iaitu panggilan anak-anak kepada adik saya tiada seorang pun diserang demam,selsema dan batuk. Ini bermakna kesihatan mereka jauh lebih baik berbanding tinggal di taska yang membuka risiko senang dijangkiti penyakit yang saya panggil tiga sekawan itu. Namun saya tetap memberi mereka suplemen tambahan seperti vitamin c dan minyak ikan.

Yang ketiga, tidur anak bongsu saya tidak lagi terganggu. Ini kerana waktu pagi semua kakak-kakaknya bangun untuk bersekolah. Muaz boleh terus tidur lena di atas katil berbanding dulu saya terpaksa mengejutkannya untuk pergi ke taska. Walaupun tinggal di rumah tetapi anak-anak tetap dibiasakan dengan rutin taska seperti tidur selepas makan tengah hari sehingga pukul 3 petang. Selepas manĸi petang mereka boleh bermain basikal di luar rumah. Tetapi malang sikit sebab jiran-jiran tiada anak sebaya, jadi mereka hanya bermain antara mereka sahaja. Bagi saya tiada masalah perkembangam sosial sebab mereka ada berkawan di sekolah.

Itu untuk anak-anak. Bagi saya pula saya dapat pergi bekerja dengan lebih tenang sebab tidak perlu terburu-buru untuk menghantar dan mengambil anak-anak di taska. Tiada lagi aktiviti menyusun baju ke dalam beg taska. Tiada lagi aktiviti mengangkut 5 ke 6 beg sekolah ke dalam kereta pagi dan petang. Tiada lagi rutin mingguan ke klinik untuk merawat demam selsema yang dah jadi kawan baik anak-anak sewaktu di taska. Dan yang paling penting saya dapat membantu adik saya menjana pendapatan tambahan dan membantu anaknya yng berumur setahun lebih untuk berkawan.

Syukur ya Allah atas nikmat yang engkau berikan padaku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan