Selasa, 8 Julai 2014

Mujahadah Melawan Nafsu Di Bulan Ramadhan

Teks : Munirah Abdul Hamid
Sumber : Slot motivasi pagi, radio IKIM

Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadat puasa. Bulan Ramadhan ni semua syaitan diikat  tetapi kenapa masih ada lagi umat Islam yang masih merompak, mencuri dan melakukan pelbagai lagi maksiat. Ini adalah kerana diri ditemani teman kedua iaitu nafsu. Nafsu ini memang perlu ada dalam diri manusia tetapi haruslah dikawal oleh akal. Bayangkan manusia tanpa nafsu makan, tentu kurus kering badannya, tiada nafsu syahwat, susahlah nak memperkembangkan zuriat.

Nafsu terbahagi kepada 7 peringkat tetapi ustaz hanya sempat terangkan 3 sahaja. Nafsu ammarah adalah nafsu yang paling jahat sekali. Ianya sentiasa mendorong manusia bersifat negatif seperti riak, sombong dan iri hati. Sesiapa bertuhankan nafsu ammarah ini tidak akan langsung menyesali perbuatannya. Nafsu Lawwamah adalah nafsu yang sudah sedar dan bertaubat tetapi tetap melakukan kesalahan itu lagi dek kerana tidak dapat menahan diri dengan hasutan nafsu. Nafsu terakhir adalah nafsu mutmainnah yang berkaitan dengan ketenangan. Nafsu ini membentuk sifat arif bijaksana manusia seperti sifat pemurah, redha dan tenang dengan ujian Allah ke atasnya.


Nafsu boleh dididik dan menjadi jinak jika kena caranya. Banyakkan menghadiri majlis ilmu kerana selain menambah ilmu pengetahuan , kita akan turut didoakan oleh para malaikat. Selain itu, pemilihan kawan-kawan juga amat penting untuk mujahadah melawan nafsu. Pilihlah si kaki masjid, orang-orang yang baik sebagai kawan, paling kurang dapat saling ingat mengingati antara satu sama lain.

Akhir kata tepuk dada tanyalah iman. Moga bertemu lagi di lain lembaran.

"Sharing is càring". Salam sayang dari saya Munirah Abdul Hamid


Tiada ulasan:

Catat Ulasan