Rabu, 2 Julai 2014

Kek Minyak

Teks : Munirah Abdul Hamid


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog. Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi kek yang menjadi kek terhangat sebutan ramai di dalam "group" ysng saya sertai di Facebook. Nampak cara buat macam senang je dan bahan- bahan pun memang ada stok di rumah. Apalagi jom cuba buat kek ni. Resepi seperti di bawah:-

5 biji telur
1/2 cawan gula
1 sb ovellet
1 st esen vanila
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung kek(saya guna tepung gandum)
1 st baking powder
Pewarna yang disukai

Cara-cara:-
Telur, gula dan ovellete diputar hingga kembang
Kemudian tambah esen vanila dan susu pekat. Kacau hingga sebati.
Campurkan minyak dan gaul sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
Akhir sekali bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut kesukaaan anda.
Letak warna pertama di tengah loyang yang telah digris dan diikuti warna seterusnya di atas warna pertama tadi. Ulang sehingga habis semuanya.

Kek minyak ini boleh dibakar atau dikukus. Saya telah mencuba kedua-dua cara yang mana kedua- dua cara pun menghasilkan kek yang sedap. Diharap pembaca yang berminat bolehlah mencuba resepi yang mudah ini.

Salam sayang, Munirah Abdul Hamid









1 ulasan: