Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak cerita pasal bajet, maklumlah bajet negara pun akan dibentangkan tak lama lagi. Bagi yang makan gaji seperti saya, hujung bulan adalah masa yang paling ditunggu-tunggu. Duit gaji masih belum masuk ke akaun, tapi dalam kepala dah macam-macam rancangan nak belanjakan duit gaji tersebut. Itupun kira bajet juga kan.Tapi awas ye jika terlebih bajet, padahnya belum sampai hujung bulan poket dah tinggal habuk. Lainlah yang bekerja sendiri, sama ada selalu masuk atau tak masuk-masuk. Apa pun yang ingin saya kongsikan di sini adalah kepentingan bajet itu sendiri dalam membantu pengurusan kewangan seharian kita.
Kebiasaannya di organisasi-organisasi besar, bajet telah dibuat awal setahun. Ianya berfungsi sebagai penunujuk arah dan tanda aras yang mahu dicapai dalam tempoh bajet tersebut. Contohnya dalam jualan, berapa jumlah jualan yang kita sasarkan setahun. Bahagikan kepada 4 bulan di mana kita boleh menyemak setiap empat bulan sekali adakah kita di dalam trek yang betul untuk mencapai jumlah jualan yang telah ditetapkan. Begitu juga digunakan dalam urusan perbelanjaan.
Kita ke skop yang lebih kecil, iaitu bajet untuk diri sendiri atau keluarga. Suami telah menyerahkan tugas berbelanja kepada saya, jadi mudahlah sikit nak nuat bajet bulanan. Di bawah adalah contoh bajet bulanan saya :-
Gaji XXXX
PERBELANJAAN TETAP
Ansuran Rumah XXX
Ansuran Kereta XXX
Bil Utiliti XXX
Yuran Asuhan Anak XXX
Yuran tadika & tambang Bas XXX
Insuran takaful XXX
Simpanan Kecemasan XXX
Belanja rumah & anak XXX
Minyak XXX (XXX)
PERBELANJAAN MUDAH ALIH
Hiburan XXX
Melancong XXX
Gajet tambahan XXX
Makan luar XXX (XXX)
Lebihan/(Defisit) YYY
Perbelanjaan tetap adalah perbelanjaan bulanan yang wajib dibayar. Jika tiada disiplin dan istiqamah, maka akan huru haralah hidup kerana dikejar si penghutang. Saya masukkan simpanan dan insuran sebagai perbelanjaan tetap sebagai payung di masa hadapan jika terjadinya perkara yang kita tidak ingini di masa hadapan. Biasanya saya akan pastikan perbelanjaan tetap dibayar dahulu semasa gaji diperolehi. Manakala perbelanjaan mudah alih boleh diubah amaunnya mengikut berapa lebihan gaji setelah ditolak perbelanjaan tetap. Biasanya perbelanjaan mudah alih ini lebih bersifat seperti kehendak berbanding pebelanjaan tetap yang merupakan keperluan asas hidup.
Bergantung kepada kita, jika nak perbelanjan mudah alih lebih, kenalah cari pendapatan tambahan. Jika tidak pun , berjimatlah mana yang patut.
Sekian, salam sayang,
Munirah Abdul Hamid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan